BAB 11
Suatu hari Mak Cik Noraini mencadangkan agar papa Julia berkahwin lagi. Papa Julia membantah kerana sukar untuk mencari isteri seperti Intan Maliana. Julia meminta izin daripada papanya untuk ke rumah Rasylan selepas habis SPM. Papanya tidak mengizinkan dengan alasan seorang perempuan tidak sesuai mendahului pergi ke rumah lelaki. Namun begitu, papanya tidak melarang Julia berkawan dengan Rasylan asalkan Julia pandai menjaga diri.
BAB 12
Mama Julia dibawa pulang ke rumah atas permintaan papa. Semua kelengkapan untuk mama disediakan oleh papa. Aisyah datang untuk mengambil Julia bermain tenis. Pada mulanya Julia menolak ajakan Aisyah kerana ingin menjaga mama di rumah, tetapi papanya mendesak agar Julia pergi kerana telah berjanji. Selepas bermain tenis, Aisyah mengajak Julia ke rumahnya. Sekembalinya Julia ke rumah, dia dimarahi oleh papanya kerana pulang lewat.
BAB 13
Selepas SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumah Julia. Perbualan antara Rasylan dengan papa Julia telah menyingkap kisah peribadi Rasylan yang merupakan anak yatim dan diambil oleh Datuk Mustakim menjadi anak angkat. Papa Julia menceritakan kisah Datuk Mustakim yang melanggar ibu bapanya ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Papa Julia berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar bapanya bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.
BAB 14
Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylan menyatakan kepada Julia bahawa papanya seorang yang sombong. Papa melarang Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana tidak mengetahui asal-usul keturunannya. Walaupun Julia cuba mempertahankan Rasylan, namun papanya tetap berkeras. Julia sedih.
BAB 15
Sejak pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu secara sembunyi-sembunyi kerana tidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan Rasylan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Semasa meraikan kejayaan mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-sama dengan seorang wanita yang dikenalinya iaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah, papanya sudah mengetahui akan keputusan peperiksaannya. Julia bercadang hendak melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.
No comments:
Post a Comment