BAB 6
Di kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Selain itu, dia juga sering menumpang kereta papa untuk pulang ke rumahnya. Julia pernah menduga hati papanya agar berkahwin lagi. Papa memberitahu bahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan mama yang dikasihinya.
BAB 7
Julia telah masuk ke Tingkatan Lima. Saat mama untuk melahirkan anak pula semakin hampir. Doktor telah memberitahu bahawa mama mengandungkan anak kembar. Papa sangat gembira. Dia telah membeli dua buah katil serta kelengkapan bayi. Mak Cik Noraini menegur perbuatan papa tetapi tidak diendahkan oleh papa. Sewaktu mama mahu melahirkan, Julia dikejutkan oleh papa supaya membantunya untuk membawa mama ke hospital. Papa membawa mama ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Papa lebih yakin untuk membawa mama ke situ berbanding dengan hospital swasta walaupun jaraknya agak jauh. Ketika disorong ke bilik bersalin, mama meminta ampun daripada papa.
BAB 8
Julia, papanya, dan Mak Cik Noraini menanti di luar bilik bersalin. Mama mengalami komplikasi dan memerlukan pembedahan. Selepas pembedahan, doktor menemui papa dan memberitahu mama telah melahirkan anak kembar siam tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sebelum dilahirkan. Doktor juga memberitahu papa bahawa mama koma kerana terlalu lemah dan kehilangan banyak darah. Papa menamakan adik Julia dengan nama Ahmad dan Muhammad. Jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dengan rumah mereka. Papa kesal kerana keinginannya untuk mendapatkan anak lagi telah menyebabkan hal ini berlaku.
BAB 9
Selepas kelahiran itu, mama koma dan dirawat di hospital. Sejak itu, Julia pulang dari sekolah dengan papanya. Di kelasnya ada seorang pelajar baharu bernama Rasylan. Daripada reaksi yang ditunjukkan, Julia tahu bahawa Rasylan menyukainya. Suatu petang, Rasylan menyatakan bahawa dia ingin mengajak Julia ke perpustakaan. Namun begitu, Julia menolak kerana dia terpaksa mengikut papanya ke hospital.
BAB 10
Julia dan papanya melawat mama di hospital. Cikgu Suzie turut serta. Mama masih di wad ICU. Sewaktu di rumah, Julia melihat album perkahwinan mama dan papanya. Dalam album tersebut terselit surat papa yang menyatakan kasih sayang dan penghargaannya kepada mama. Dalam bab ini juga dinyatakan kisah Mak Cik Noraini yang juga sepupu papa Julia. Suami serta dua orang anaknya meninggal dalam kemalangan manakala Mak Cik Noraini terselamat. Sejak itu, papa Julia membawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-sama dengan mereka. Kelahiran Julia telah mengubat duka Mak Cik Noraini apabila dia menjadi pengasuh Julia.
No comments:
Post a Comment