BAB 21
Julia demam panas dan dibawa ke hospital oleh papanya. Dia bermimpi didatangi oleh seseorang yang mirip papanya. Dalam mimpinya, Julia meluahkan isi hatinya bahawa dia tidak suka papanya berkahwin lagi kerana tidak mahu kehilangan kasih sayang papanya. Setelah mendengar pendapat lelaki yang mirip wajah papanya itu, akhirnya Julia sedar bahawa dia harus berkorban untuk kebahagiaan orang yang dikasihinya. Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa dan Mak Cik Aisyah berada di sisinya.
Bab 22
Setelah berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawa pulang oleh papanya dan Mak Cik Aisyah. Selepas tamat cuti pertengahan semester, Julia pulang ke asrama. Sepanjang bersama Mak cik Aisyah, Julia dapat merasakan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh Mak Cik Aisyah. Walau bagaimanapun, Julia masih belum dapat menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Selepas peperiksaan semester tamat, Julia pulang ke rumah. Julia bercuti selama enam minggu. Pada suatu hari, Julia terdengar perbualan antara papanya dengan Mak Cik Aisyah yang tidak membenarkan Mak Cik Aisyah memasuki bilik mama tanpa ditemani oleh papa. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa Mak Cik Aisyah dimarahi oleh papa kerana bimbang Mak
Cik Aisyah akan meracuni ibunya. Semasa perbualan antara Juliadengan Mak Cik Noraini itu, tiba-tiba papa dan Mak Cik Aisyah masuk. Julia terkesima lantas memohon maaf kepada Mak Cik Aisyah.
BAB 23
Julia belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkar dengan Rasylan berikutan sikap cemburunya apabila melihat Julia berbual-bual dengan pelajar lelaki. Cuti pertengahan semester bermula lagi. Julia memilih untuk pulang dengan menaiki bas bersama-sama dengan Rasylan. Rasylan mengambil keputusan tidak akan memberitahu bapa angkatnya perihal dia menemui bapa kandungnya. Dia juga tidak mahu menerima tawaran Encik Muaz sebagai bapanya.
BAB 24
Julia bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap Julia yang mungkin bermasalah tentang teman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk mengajaknya keluar. Namun begitu, Julia menolak dengan alasan mahu menjaga mamanya. Papa mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanya bekerja jika dia bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut. Usai solat berjemaah dengan papa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah ditegur, mama mula membuka mata dan menggerakkan tangan dan jari-jarinya serta mencuba untuk berkata-kata. Aisyah masuk ke bilik apabila mendengar papa berbual dengan seseorang. Mama memerhatikan Aisyah yang sedang memegang bahu papa. Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebab dia mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras serta melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir dan buat pertama kalinya Julia melihat papanya menangis.
No comments:
Post a Comment