∞Selamanya∞
Siti Nursyazana Hanisah Azidi. 17. Batch '98. Erudite 1415
Tuesday, January 27, 2015
Tuesday, October 28, 2014
Khasiat Madu ~
- Menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar.
- Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
- Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
- Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
Sistem Penghadaman
- Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
- Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
Sistem Pernafasan dan Kerongkong
- Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
- Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
Tenaga Badan
- Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
- Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
- Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
- Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.
Gizi Makanan
- Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
- Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
- Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan.
Menahan Emosi ~
Kemarahan adalah emosi umum di saat kita mengalami, melihat, mendengar, dan merasakan seseorang atau sesuatu tidak benar atau berlawanan dengan pandangan kita. Tetapi dalam keadaan tertentu, marah itu penting untuk menunjukkan ketegasan kita. Setiap orang memiliki skala kemarahan sendiri.
Pernahkah anda merasa terlalu marah ketika ada orang yang memarahi anda tanpa sebab? Tanpa sebarang penjelasan? Pada ketika itulah, beberapa usaha untuk mengatasi kemarahan anda perlu dilakukan agar tidak menimbulkan pertengkaran atau permusuhan. Berikut ialah tips yang anda boleh lakukan untuk menahan emosi anda:
1. Jauhkan diri dan beri ruang untuk berfikir
Jika anda merasakan seseorang itu melakukan kesalahan, jangan terus memberikan respon. Biarkan sahaja. Ambil masa untuk berfikir terlebih dahulu dan tenangkan diri. Jika perlu, jauhkan diri anda daripada sumber masalah.
2. Cari punca masalah
Telah menjadi kebiasaan untuk kita memarahi seseorang tanpa menilai dahulu masalah tersebut dengan lebih mendalam. Tanpa kita sedari, kemarahan tersebut juga boleh berpunca daripada rasa iri hati dan ketidakstabilan hormon semasa datang haid (bagi perempuan). Setelah mengetahui punca masalah, cubalah untuk mengatasinya.
3. Berjumpa dengan pakar motivasi
Ceritakan masalah anda dan cuba dapatkan nasihat-nasihat daripada pakar dalam mengatasi masalah tersebut.
4. Berfikir secara dewasa dan matang
Remaja cenderung dalam meluahkan emosi secara keterlaluan. Hal ini kerana, mereka belum cukup dewasa dalam berfikir dan belum memiliki emosi yang stabil. Tetapi ini tidak bermaksud setiap orang yang sudah tua adalah orang yang dewasa. Kematangan seseorang tidak bergantung pada umurnya.
Semakin sering kita beremosi maka semakin besar kemungkinan bagi kita untuk menghidapi pelbagai penyakit. Tetapi, apabila kita selalu dapat menahan diri kita maka besar kemungkinan bagi kita untuk memiliki tubuh yang sihat dan hidup kita juga akan sentiasa tenang dan lancar.

Tatabahasa- Kata Sendi Nama ~
Kata Sendi Nama - perkataan yang letaknya di hadapan FN
> di-…
Digunakan khusus
di hadapan KN atau FN yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah.
Contoh: di sekolah, di atas, di samping, di serambi, di permatang, di antara
di-… tidak boleh digunakan di hadapan
KN atau FN yang menunjukkan waktu,
masa atau zaman; gunakan pada
menggantikan di-….
di hari [X] pada hari [∕]
di waktu [X] pada
waktu [∕]
di kurun [X] pada
kurun [∕]
Dalam hal ini,
terdapat sesetengah orang yang keliru dengan di-… sebagai imbuhan awalan.
Awalan di-… dapat digabung dengan kata dasar
yang terdiri daripada kata kerja dan kata nama. Cara mengejanya ialah
imbuhan awalan, di-… hendaklah disatukan dengan kata dasar itu.
Contoh:
[Kata dasarnya,
kata kerja; dijahit, ditolak, dipanjat,
dibelai, dimarahi]
> ke-…
Digunakan di
hadapan KN atau FN yang menunjukkan tempat
atau arah yang dituju dan juga waktu atau masa dan ditulis terpisah
daripada kata yang mengikutinya.
Contoh:
[ke dewan besar, ke dalam sungai, ke saat
ini, dari semasa ke semasa, ke petang]
> dari
Digunakan dihadapan
KN atau FN yang menyatakan arah ,
tempat atau masa.
Contoh:
[dari utara, dari penjuru, dari
Perlis, dari pukul dua, dari tarikh, dari hari]
- Dia muncul dari sebelah kiri bangunan using itu.(arah)
- Kereta merah yang terbabit dalam nahas baru tiba dari Padang Besar.(tempat)
- Usaha membasmi wabak SARS mesti bermula dari sekarang.(masa)
Hadir di
hadapan KN dan FN yang menyatakan
punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak atau asal kejadian sesuatu benda, perbezaan atau perbandingan.
Contoh:
[daripada adik, daripada bahaya AIDS, daripada
akar kayu, lebih manis daripada]
- Sindiket itu dikatakan mengutip wang daripada pendatang haram yang membuka gerai di situ.(manusia)
- Kejayaan cemerlang beliau dalam peperiksaan SPM adalah hasil daripada usahanya yang bersungguh-sungguh.(unsur abstrak)
- Mereka tiba lebih awal daripada saya.(perbandingan)
- Wang syiling itu diperbuat daripada emas.(sumber atau asal sesuatu)
- Tiga daripada lapan perompak yang terbabit dalam rompakan itu berjaya diberkas oleh polis dalam serbuan itu.(sebahagian daripada semua)
- Kamus itu lebih menarik daripada kamus ini.(perbezaan)
Monday, October 27, 2014
Bahagian 5 - NOVEL: PAPA . . . (Akhirnya Kau Tewas Jua!) - Deana Yusof
BAB 21
Julia demam panas dan dibawa ke hospital oleh papanya. Dia bermimpi didatangi oleh seseorang yang mirip papanya. Dalam mimpinya, Julia meluahkan isi hatinya bahawa dia tidak suka papanya berkahwin lagi kerana tidak mahu kehilangan kasih sayang papanya. Setelah mendengar pendapat lelaki yang mirip wajah papanya itu, akhirnya Julia sedar bahawa dia harus berkorban untuk kebahagiaan orang yang dikasihinya. Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa dan Mak Cik Aisyah berada di sisinya.
Bab 22
Setelah berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawa pulang oleh papanya dan Mak Cik Aisyah. Selepas tamat cuti pertengahan semester, Julia pulang ke asrama. Sepanjang bersama Mak cik Aisyah, Julia dapat merasakan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh Mak Cik Aisyah. Walau bagaimanapun, Julia masih belum dapat menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Selepas peperiksaan semester tamat, Julia pulang ke rumah. Julia bercuti selama enam minggu. Pada suatu hari, Julia terdengar perbualan antara papanya dengan Mak Cik Aisyah yang tidak membenarkan Mak Cik Aisyah memasuki bilik mama tanpa ditemani oleh papa. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa Mak Cik Aisyah dimarahi oleh papa kerana bimbang Mak
Cik Aisyah akan meracuni ibunya. Semasa perbualan antara Juliadengan Mak Cik Noraini itu, tiba-tiba papa dan Mak Cik Aisyah masuk. Julia terkesima lantas memohon maaf kepada Mak Cik Aisyah.
BAB 23
Julia belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkar dengan Rasylan berikutan sikap cemburunya apabila melihat Julia berbual-bual dengan pelajar lelaki. Cuti pertengahan semester bermula lagi. Julia memilih untuk pulang dengan menaiki bas bersama-sama dengan Rasylan. Rasylan mengambil keputusan tidak akan memberitahu bapa angkatnya perihal dia menemui bapa kandungnya. Dia juga tidak mahu menerima tawaran Encik Muaz sebagai bapanya.
BAB 24
Julia bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap Julia yang mungkin bermasalah tentang teman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk mengajaknya keluar. Namun begitu, Julia menolak dengan alasan mahu menjaga mamanya. Papa mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanya bekerja jika dia bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut. Usai solat berjemaah dengan papa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah ditegur, mama mula membuka mata dan menggerakkan tangan dan jari-jarinya serta mencuba untuk berkata-kata. Aisyah masuk ke bilik apabila mendengar papa berbual dengan seseorang. Mama memerhatikan Aisyah yang sedang memegang bahu papa. Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebab dia mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras serta melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir dan buat pertama kalinya Julia melihat papanya menangis.
Sunday, October 26, 2014
Bahagian 4 - NOVEL: PAPA . . . (Akhirnya Kau Tewas Jua!) - Deana Yusof
BAB 16
Julia berjaya mendapat tempat di matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan tinggal di asrama. Rasylan juga berjaya mendaftarkan diri di tempat yang sama iaitu di UIA. Hujung minggu itu Rasylan menemani Julia ke kedai buku. Selepas membeli buku, mereka bercadang untuk minum di Starbucks Coffee. Rasylan kurang senang akan sikap Julia yang suka membuang duit di restoran mahal. Sekali lagi, Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah di restoran tersebut.
BAB 17
Pada cuti hujung minggu itu Julia pulang ke rumah. Julia bermanja dengan papanya tetapi caranya bermesra itu ditegur oleh Mak Cik Noraini memandangkan dia sudah dewasa. Julia memikirkan persoalan bapanya dengan Aisyah. Papanya kelihatan agak kurus. Kini, masanya banyak dihabiskan untuk menjaga mama. Hari minggu berikutnya Julia tidak pulang. Dia mahu menyiapkan kerja kursus. Rasylan pula diminta oleh Encik Muaz al-Khalibi supaya membuat ujian DNA. Semasa bersama-sama dengan Rasylan di sebuah restoran, sekali lagi Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah.
BAB 18
Minggu berikutnya Julia pulang ke rumah. Dia melangkah masuk ke rumah secara senyap-senyap untuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Dia terdengar perbualan papanya dengan Mak Cik Noraini tentang pengganti mama. Selepas berehat, dia menemui bapanya yang sedang membaca artikel tentang poligami. Julia memberitahu papanya bahawa dia pernah melihat papanya bersama-sama dengan Aisyah beberapa kali di restoran. Dia membantah niat papanya untuk berpoligami kerana mama hidup lagi dan tidak mahu bapanya berlaku curang. Julia dimarahi dan ditampar oleh papanya. Esoknya pagi-pagi lagi Julia pulang ke asrama tanpa dihantar oleh papanya.
BAB 19
Julia dan Rasylan bercerita tentang papa Julia. Rasylan mahu Julia lebih bersikap rasional. Julia tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran selama beberapa hari. Rasylan memberitahu Julia bahawa ujian DNA yang dilakukannya positif. Hal ini membuktikan bahawa dia anak Encik Muaz. Tetapi Rasylan tidak boleh menerimanya. Hujung minggu berikutnya Julia tidak pulang ke rumah. Telefonnya juga dimatikan. Dia masih tersinggung oleh sikap papanya. Suatu hari, semasa hendak bertemu dengan Rasylan, papanya muncul dan membawanya keluar untuk berterus terang kepada Julia tentang hasratnya hendak mencari teman hidup yang baharu. Julia keras membantah. Papa menurut pendirian Julia. Julia sedih melihat keadaan papanya. Akhirnya, dia memberi kebenaran kepada papanya untuk berkahwin lain.
BAB 20
Encik Muaz memberitahu Rasylan bahawa dia lahir hasil hubungannya dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai pengemas bilik. Setelah tujuh bulan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi jalan berhampiran dengan longkang besar. Ibunya pulang ke Indonesia kerana malu. Julia dibawa oleh bapanya bertemu dengan bakal ibu tirinya. Julia juga diminta papanya supaya pulang pada hujung minggu itu bagi meraikan pernikahannya.

Bahagian 3 - NOVEL: PAPA . . . (Akhirnya Kau Tewas Jua!) - Deana Yusof
BAB 11
Suatu hari Mak Cik Noraini mencadangkan agar papa Julia berkahwin lagi. Papa Julia membantah kerana sukar untuk mencari isteri seperti Intan Maliana. Julia meminta izin daripada papanya untuk ke rumah Rasylan selepas habis SPM. Papanya tidak mengizinkan dengan alasan seorang perempuan tidak sesuai mendahului pergi ke rumah lelaki. Namun begitu, papanya tidak melarang Julia berkawan dengan Rasylan asalkan Julia pandai menjaga diri.
BAB 12
Mama Julia dibawa pulang ke rumah atas permintaan papa. Semua kelengkapan untuk mama disediakan oleh papa. Aisyah datang untuk mengambil Julia bermain tenis. Pada mulanya Julia menolak ajakan Aisyah kerana ingin menjaga mama di rumah, tetapi papanya mendesak agar Julia pergi kerana telah berjanji. Selepas bermain tenis, Aisyah mengajak Julia ke rumahnya. Sekembalinya Julia ke rumah, dia dimarahi oleh papanya kerana pulang lewat.
BAB 13
Selepas SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumah Julia. Perbualan antara Rasylan dengan papa Julia telah menyingkap kisah peribadi Rasylan yang merupakan anak yatim dan diambil oleh Datuk Mustakim menjadi anak angkat. Papa Julia menceritakan kisah Datuk Mustakim yang melanggar ibu bapanya ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Papa Julia berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar bapanya bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.
BAB 14
Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylan menyatakan kepada Julia bahawa papanya seorang yang sombong. Papa melarang Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana tidak mengetahui asal-usul keturunannya. Walaupun Julia cuba mempertahankan Rasylan, namun papanya tetap berkeras. Julia sedih.
BAB 15
Sejak pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu secara sembunyi-sembunyi kerana tidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan Rasylan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Semasa meraikan kejayaan mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-sama dengan seorang wanita yang dikenalinya iaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah, papanya sudah mengetahui akan keputusan peperiksaannya. Julia bercadang hendak melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.png)